Kenapa Penting Pilih Autogate Yang Betul

LATEST NEWS 

Kenapa Penting Pilih Autogate Yang Betul

Pagi tadi, ada customer dari Meranti Jaya WhatsApp tanya pasal Dnor Turbo 880. Bila saya tanya kenapa nak model tu, dia jawab, “Nampak cool.”

Terus terang, ramai je orang buat benda yang sama tengok autogate nampak cantik, terus suruh orang pasang. Tapi lepas tu bila ada masalah, susah nak cari balik installer tu walaupun masih dalam warranty. Sebab tu kami selalu nasihat customer: cari installer yang betul-betul profesional, dan pilih sistem autogate yang senang nak jaga. Jangan pilih sebab rupa je.

Beli autogate bukan setakat nak nampak bergaya. Yang penting, hati tenang. Bila pilih installer yang boleh percaya, autogate tahan lama, dan kalau ada apa-apa hal, senang nak panggil orang datang baiki.

Pillar Besar untuk Dnor Turbo 880

Untuk pasang Dnor Turbo 880, dia perlukan tiang sebelah kanan yang lebih besar. Tiang sebelah kiri dah cukup besar, tapi tiang sebelah kanan tu terlalu kecil untuk pasang bracket dengan betul. Lagi satu masalah, ada penapis air dekat tempat yang sepatutnya bracket tu kena pasang, jadi makin susah nak buat kerja pemasangan.

Kalau tiang tu kecil sangat dan bracket cuma dipasang separuh, lama-lama tiang tu boleh mula retak atau jadi lemah. Ini boleh jadi bahaya nanti. Ramai tukang pasang autogate tak kisah dan tetap pasang je untuk cepat siap, tapi kami tak buat kerja macam tu. Kami pentingkan keselamatan dan ketahanan jangka panjang.

Lagi satu, tiang tu bukan konkrit dia cuma dibuat daripada batu-bata je. Jadi, memang kurang kukuh dan mudah retak kalau ada tekanan berat. Untuk pemasangan yang selamat dan tahan lama, memang kena ada tiang yang betul-betul kuat.

Dnor Autogate Services
Dnor Autogate Services

Masalah Arm Autogate Dnor 712? Cuba Periksa Wayar Autogate Dulu!

Sebenarnya, customer sekarang tengah guna Dnor 712 sekarang jenis arm autogate dan selama ni memang okay je. Tapi baru-baru ni, arm autogate Dnor 712 sebelah kanan tu macam ada masalah, tak berfungsi dengan betul. Saya cadangkan kami datang tengok dan troubleshoot, sebab masalah tu mungkin bukan datang dari arm autogate Dnor tu sendiri. Mungkin juga berpunca dari masalah wiring.

Bila arm autogate sebelah kanan tak jalan, tak semestinya rosak terus. Selalunya, bila kami check, rupa-rupanya masalah pada wayar je.

Biasanya bila owner dapat quotation, ramai pilih yang paling murah. Tapi… macam yang kita tahu, ada juga kontraktor autogate yang guna jalan pintas atau trick kotor nak kurangkan kos. Pernah nampak orang guna kabel internet (network cable) untuk sambung autogate? Ini memang tak patut salah cara dan boleh bahayakan keselamatan.

Ada juga yang guna wayar alarm atau network cable, sedangkan kabel tu terlalu nipis. Bila cuaca panas, lapisan penebat dia cepat rosak. Bila dah haus, boleh jadi short circuit dan rosakkan sistem autogate. Masalah macam ni boleh buat lengan autogate tak boleh buka/tutup… atau kadang-kadang, autogate tu boleh buka dan tutup sendiri!

Boleh Percaya Ke Kontraktor Autogate Dari Rumah Ni?

Lepas tu, dia tanya pasal guna apps untuk buka dan tutup gate dia kata nampak cool. Saya pun cakap, ya memang senang dan canggih. Tapi sebenarnya, dia boleh je beli modul tu online dan pasang sendiri, kalau hati-hati. Yang paling penting, kena pastikan WiFi kat tempat modul tu dipasang memang kuat. Kalau tak, apps tu susah nak connect atau gate lambat respon.

Saya juga nasihatkan supaya jangan bagi kontraktor autogate tu yang pasang. Zaman sekarang ni, ada je tukang ambil kesempatan. Kalau dia terdesak duit, tak mustahil dia boleh buka gate sendiri dari jauh. Bahaya juga.

Kalau dia pasang sendiri, boleh jimat duit, elak risiko, dan dia ada kawalan penuh ke atas sistem autogate dia. Sekarang ni banyak modul yang user-friendly. Dengan sikit kesabaran, DIY pun boleh jalan dengan mudah.

Syarikat Autogate Profesional di KL & Selangor

Kalau nak autogate tahan lama dan selamat, jangan ambil jalan mudah atau main percaya je kat sesiapa untuk pasang. Tak kisah sama ada pakai Dnor 712 arm, Turbo 880, atau WiFi module tetapi pemasangan yang betul dan wiring yang kemas memang sangat penting.

Kami syorkan guna Tronica 828 atau Tronica 929 jenama yang memang terkenal dan dipercayai, buatan Malaysia pulak tu!

Elakkan guna barang murah atau DIY yang tak kena cara boleh sebabkan kerosakan, short circuit, atau risiko keselamatan.

Hubungi KA Autogate di 018-207 9198 hari ni untuk nasihat pakar, pemasangan profesional dan servis troubleshooting. Pastikan autogate anda sentiasa berfungsi dengan lancar dan selamat sebab keselamatan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami.

Untuk semua keperluan autogate, sila hubungi Jacky di 018-207 9198
WhatsApp terus: www.wasap.my/60182079198
Tengok video kami di YouTube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU