Autogate Klang – Kami Pasang Tronica® Autogate dan Tukar Bearing Pagar

LATEST NEWS 

Kami Pasang Tronica® Autogate dan Tukar Bearing Pagar

Hai semua. Kami dihubungi customer daripada Klang yang ingin penggantikan swing gate design yang baru serta perlukan sistem autogate baru juga. Dari apa yang customer beritahu, pintu pagar swing nya sebelah kiri sekarang tak boleh tutup sebab sudah sedikit jatuh terkena lantai dan autogate pula tidak berfungsi. Itu yang customer buat keputusan untuk tukar keseluruhan pagar dan pasang autogate baru. Sebelum itu kami minta beberapa gambar dan kami lihat dibahagian bearing bawah pagar sebelah kiri sudah tercabut dan itu yang menjadi punca pagar tersangkut tak boleh tutup.

Apa yang kami boleh berikan penyelesaian sama ada customer ingin menggantikan swing gate design baru ataupun hanya menggantikan gate bearing pagar sebelah kiri atas bawah dan kos sangat rendah berbanding pasang pagar baru. Sebenarnya customer pun tidak tahu yang gate bearing dan pagar tersebut tidak boleh dibaiki lagi. Sekarang customer buat keputusan untuk menggantikan gate bearing sahaja dan pasang sistem autogate baru dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System.

Swing Autogate Services Klang
Swing Autogate Services Klang

Pakar Betulkan Bearing Pagar – Tronica® Autogate Terbaik

Ramai tak tahu yang kerja tukar gate bearing, tukar roda autogate dan tukar gate track sebenarnya perlukan skil yang betul. Bukan sekadar buka dan pasang balik. Sebab itu ramai installer atau kontraktor autogate yang masih baru hanya fokus pada motor autogate saja, tapi tak tahu cara betul nak servis bahagian mekanikal di bawah pagar. Kalau salah buat, gate boleh jadi senget, berat, atau cepat rosak semula. Jadi penting untuk pilih technician yang memang berpengalaman buat kerja-kerja bahagian bawah gate ni.

Jenama Tronica® Autogate pula memang terkenal di Malaysia kerana ketahanannya. Terutamanya model Tronica® Arm Autogate System, yang direka untuk tahan lama walaupun digunakan setiap hari. Motor dia kuat, tak cepat panas, dan banyak pelanggan kami guna bertahun-tahun tanpa masalah besar. Bila pakai sistem yang tahan lasak macam ni, gate pun buka tutup dengan smooth dan lebih stabil.

Di Kedai Autogate, kami bukan saja jual autogate, tapi kami sediakan pemasangan professional supaya sistem dipasang dengan betul dari awal. Harga pun berpatutan dan sesuai untuk semua jenis rumah. Apa pun yang anda perlukan nak tukar bearing, nak servis roda gate, atau nak pasang autogate baru team kami memang sedia bantu dan pastikan gate anda berjalan lancar semula.

Pasang Autogate Baru Klang
Pasang Autogate Baru Klang

Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate Anda

Autogate memang kepakaran kami termasuk pasang autogate, baiki autogate, wiring autogate, tukar gate bearing, baiki roda autogate dan pasang trek pagar yang baru. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira masalah autogate yang anda hadapi. Hubungi kami untuk selesaikan masalah sama ada bahagian pintu pagar anda seperti bearing, roda pagar dan trek. Ataupun untuk masalah autogate seperti autogate arm, autogate motor, auto gate control panel, autogate transformer, autogate bateri dan banayk lagi. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp juga dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.