Autogate Ampang – Dnor Swing Autogate Control Board Rosak

LATEST NEWS 

Dnor Swing Autogate Control Board Rosak

Ramai customer di Ampang hubungi kami sebab masalah autogate. Kali ini, seorang customer beritahu autogate dia langsung tak boleh buka. Dia syak mungkin kedua-dua arm autogate sudah rosak sebab sebelum ini dia baru sahaja tukar motherboard dnor autogate beberapa bulan lepas. Sejak pagi lagi dia dah cuba cari kontraktor autogate yang pernah repair autogate dnor sebelum ini, tapi panggilan langsung tak berjawab. Sampaikan customer terpaksa tunggu di rumah kerana pagar tak boleh buka, memang susah nak keluar. Nasib baik jiran yang pernah gunakan servis kami bagi nombor telefon kami, jadi customer pun terus hubungi.

Petang itu juga team kami sampai untuk lakukan pemeriksaan. Dari apa yang kami check, rupa-rupanya arm autogate masih lagi berfungsi dengan baik. Masalah sebenar datang dari motherboard autogate yang dah rosak. Kami agak pelik sebab customer kata motherboard tu baru tukar lebih kurang 2 bulan lepas. Tapi bila tengok keadaan board, memang nampak macam barang lama. Dari situ kami syak kontraktor sebelum ini mungkin pasang board secondhand, sebab itu cepat rosak walaupun baru beberapa bulan guna.

Swing Dnor Autogate Repair Ampang
Swing Dnor Autogate Repair Ampang

Patutlah Cepat Rosak, Guna Motherboard Autogate Terpakai

Untuk selesaikan masalah, kami terus gantikan board yang rosak itu dengan autogate board baru dan original. Customer pun lega sebab kali ini dipasang dengan barang baru, bukan secondhand. Dalam masa yang sama, customer minta tolong pasangkan bateri autogate sekali sebab sebelum ini dia pernah minta kontraktor lain tukar, tapi technician kata tak ada spare parts masa itu. Nasib baik kami bawa semua spare parts dalam van, jadi memang terus boleh ganti on the spot.

Tak sampai satu jam, autogate customer berfungsi semula macam biasa. Gate boleh buka tutup dengan smooth, customer pun akhirnya boleh keluar masuk rumah tanpa risau. Memang beza kalau pakai spare parts baru dan original, lebih tahan lama dan kurang risiko rosak dalam masa terdekat. Customer juga rasa puas hati sebab kali ini masalah selesai betul-betul, bukan ditangguh atau dibuat ala kadar.

Kami di Kedai Autogate memang sentiasa standby dengan semua jenis spare parts autogate – motherboard, arm, bateri, remote, roda, track dan lain-lain. Jadi bila kami datang untuk servis, kami bukan sekadar check masalah tapi terus bawa parts untuk ganti. Sebab itu kebanyakan masalah autogate kami boleh selesaikan pada hari yang sama tanpa perlu tunggu lama. Yang paling penting, semua parts yang kami gunakan memang baru dan original, bukan secondhand. Dengan cara ini, customer akan lebih yakin dan autogate tahan lama.

Panel Autogate Repair Ampang
Panel Autogate Repair Ampang

Dapatkan Penyelesaian Autogate Anda Sekarang

Kebanyakan customer yang hubungi kami, mereka semua urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari untuk autogate problem tersebut diselesaikan. Team Kedai Autogate akan datang secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah autogate rosak anda dengan cara baiki autogate yang cepat dan berkesan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang.

Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kepakaran kami merangkumi autogate arm daripada negara berbeza antaranya Itali dan UK. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica®, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro dan banyak lagi.

Untuk semua keperluan autogate services anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.