Autogate Damansara – Dnor 712 Arm Autogate Baru Dan Origianl Diperlukan

LATEST NEWS 

Dnor 712 Arm Autogate Baru Dan Origianl Diperlukan

Hai semua! Baru-baru ini kami dihubungi oleh seorang customer dari Damansara yang menghadapi masalah dengan sistem Dnor 712 arm autogate mereka. Menurut customer, beberapa bulan lepas dia ada panggil seorang autogate contractor dari PJ untuk baiki sistem lama tu. Malangnya, kontraktor tu ganti arm autogate menggunakan barangan secondhand sebab katanya spare parts baru Dnor 712 dah tak ada di pasaran buat masa sekarang. Masa tu customer setuju je sebab nak cepat, tapi lepas beberapa baru hampir sebulan guna, sistem tu rosak semula dan contractor pula tak dapat dihubungi langsung. Memang kecewa lah bila jadi macam ni.

Nasib baik customer ni masih ingat tentang kami di Kedai Autogate, sebab dulu kami pernah pasang Tronica® autogate dekat rumah anaknya. Jadi dia hubungi kami untuk tanya — “Masih ada ke spare parts baru untuk Dnor 712?” Jawapannya, YA, kami ada! Kami memang sentiasa pastikan stok spare parts autogate jenama popular seperti Dnor, Tronica, dan lain-lain sentiasa tersedia — dan paling penting, semuanya original, bukan secondhand. Kami percaya, bila buat kerja, buat betul-betul — jangan ambil jalan mudah guna barang terpakai yang tak tahan lama.

Untuk customer ni, kami bantu tukar dan pasang Dnor 712 arm autogate atau nama yang kami bagi Tronica® 727 Arm Autogate System baru original. Customer sangat puas hati sebab bukan saja masalah selesai, tapi dia rasa lebih yakin sebab tahu barang yang digunakan asli dan baru. Jadi kepada anda yang mungkin pernah alami situasi sama — dapat autogate repair tapi guna barang secondhand — kami sedia bantu dengan solusi yang betul, tahan lama dan dijamin berfungsi dengan baik!

Autogate Arm Dnor Damansara
Autogate Arm Dnor Damansara

Dnor Autogate Spare Parts Baru Tersedia

Kebelakangan ni, kami memang banyak terima panggilan dari customer yang guna Dnor 712 autogate system dan menghadapi pelbagai masalah. Ada yang Dnor 712 arm tak boleh buka, ada juga remote control langsung tak berfungsi, dan tak kurang juga kes bracket tercabut atau motor berbunyi pelik tapi gate tak bergerak. Menariknya, kebanyakan customer ni bukan dari pemasangan kami, tapi mereka tetap cari kami sebab tak tahu nak hubungi siapa bila sistem autogate mereka rosak. Kami faham, bila autogate bermasalah, memang susah hati – sebab tu kami tak kira siapa yang pasang, asalkan ada masalah, kami sedia bantu.

Team kami memang sentiasa bersedia dengan spare parts lengkap untuk Dnor 712, termasuk arm autogate baru, control panel, transformer, bateri backup dan remote receiver. Kami hanya guna komponen original dan baru, bukan secondhand. Jadi bila kami datang untuk servis, kami boleh terus ganti parts rosak on the spot tanpa perlu customer tunggu hari lain. Inilah kelebihan bila panggil team yang memang pakar dan berpengalaman – kerja jalan lancar, masalah cepat selesai, dan sistem autogate anda kembali berfungsi seperti biasa. Kalau autogate Dnor 712 anda pun mula buat hal, jangan tunggu lama – hubungi kami terus untuk temujanji servis!

Dnor Arm Autogate Repair Damansara
Dnor Arm Autogate Repair Damansara

Kami Menyimpan Banyak Autogate Spare Parts (Model Lama Dan Baru)

Untuk semua model seperti underground swing autogate atau arm autogate dan jenama autogate yang kami gunakan antaranya Tronica®, KRON autogate, OAE autogate, dnor 712 auto gate, dnor 212, dnor 212k, e8, victor, mag, digicraft autogate dan banyak lagi, kami akan menyimpan autogate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri. Spare parts autogate sangatlah penting, jika autogate bermasalah boleh hanya menggantikan bahagian yang rosak dan tidak perlu setiap kali autogate bermasalah, kena tukar kepada sistem autogate baru. Sebab itu kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.