Dnor 212 Autogate Tidak Boleh Berfungsi Dengan Baik
Selamat petang semua! Baru-baru ni kami banyak terima kes berkaitan Dnor 212 arm autogate yang bermasalah. Salah satunya dari customer kami di Sungai Long, di mana autogate cuma terbuka sedikit walaupun dah tekan remote banyak kali. Masalah jadi lebih teruk bila installer asal dah tak boleh dihubungi. Lagi sedih, kereta customer terperangkap dalam rumah sebab autogate tak boleh buka langsung, dan manual release pun tak boleh guna sebab tempat masuk allen key dah berkarat teruk. Nasib baik jiran syorkan untuk hubungi Kedai Autogate, dan kami terus datang pada hari yang sama.
Setibanya kami di rumah customer, kami buka box autogate untuk check satu-satu komponen. Dari situ kami dapati control panel (motherboard) autogate dah rosak dan remote receiver pun dah lemah. Sebab tu remote hanya boleh berfungsi bila ditekan dekat-dekat dengan kotak autogate. Keadaan ni memang menyusahkan, lebih-lebih lagi bila waktu kecemasan atau masa hujan lebat. Bila komponen elektronik dalam sistem autogate dah lama, memang mudah jadi macam ni sebab tu penting untuk selalu servis atau tukar parts bila perlu.

Kami Akan Buat Yang Terbaik Untuk Betulkan Autogate Anda
Untuk baiki masalah ni, kami terus ganti motherboard autogate baru dan juga satu set 433mhz remote receiver bersama 3 remote control baru. Customer juga minta kami tukarkan allen key screw pada arm Dnor yang dah berkarat tu. Kami tukar dengan screw baru supaya kalau ada masalah nanti, customer boleh buka dan gerakkan pagar secara manual dengan lebih mudah. Kadang-kadang benda kecil macam screw pun boleh jadi punca besar bila waktu kecemasan jadi kami tak pandang ringan bab ni.
Customer sangat lega bila autogate dah boleh buka tutup seperti biasa. Semua masalah dapat kami selesaikan dalam satu sesi servis sahaja sebab kami memang sentiasa bawa pelbagai autogate spare parts dalam servis kenderaan kami tak perlu ulang-alik banyak kali. Bila kami datang, kami akan cuba untuk terus baiki dan selesaikan masalah hari itu juga, tak perlu tunggu minggu depan atau order parts dulu.
Jadi kalau anda pun alami masalah yang lebih kurang sama autogate Dnor tak boleh buka, control panel rosak, remote tak berfungsi atau manual release dah karat jangan tunggu lama. Hubungi kami terus. Team kami memang ada pengalaman dan lengkap dengan semua alat dan spare parts. Kami cuba yang terbaik untuk bantu anda pada hari yang sama, supaya anda tak perlu risau dan boleh guna autogate seperti biasa semula.

Hubungi Kami Untuk Sebarang Bantuan Berkenaan Autogate
Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Syarikat autogate kami sudah lama beroperasi sejak 1996, menjadi kepercayaan kepada customer. Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda untuk famous autogate brand seperti Tronica, KRON Autogate, FBM, Dnor 212. Dnor 712, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro dan banyak lagi.
Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk penggantian roda autogate, pembaikan remote autogate, pembaikan panel kawalan autogate, pemasangan autogate, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






