Baiki OAE Swing Autogate On The Spot Di Shah Alam

LATEST NEWS 

Baiki OAE Swing Autogate On The Spot Di Shah Alam

Hai semua. Setiap kali customer hubungi kami pasal masalah autogate, soalan yang paling kerap kami dengar ialah “boleh datang hari ini tak?” dan “boleh siap baiki autogate/pasang autogate hari ini tak?”. Jawapan kami mudah jangan risau. Kami memang akan cuba sedaya upaya untuk datang secepat mungkin, selalunya pada hari yang sama dan sasaran kami ialah selesaikan masalah autogate anda terus pada hari itu juga.

Berbeza dengan kebanyakan kontraktor autogate lain, mereka biasanya datang hanya untuk periksa dulu apa yang rosak, tanpa bawa spare parts autogate. Lepas itu baru cari autogate spare parts yang sesuai, entah berapa lama, kadang-kadang ambil masa berjam-jam sahaja, ada yang berhari-hari atau ada juga yang sampai berminggu. Lepas parts dan jumpa, barulah mereka datang semula untuk baiki. Ini menyusahkan customer, terutama bila autogate tak boleh buka atau tutup langsung.

Kami tak buat cara macam tu, kami akan hantar technician autogate berpengalaman datang bersama spare parts autogate lengkap seperti autogate control panel (pelbagai jenis), autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver, autogate arm, auto gate roller, autogate bearing supaya masalah boleh diselesaikan terus. Datang berulang kali bukan sahaja buang masa, tapi buang duit juga, petrol dan tol lagi. Setiap hari kami banyak servis autogate nak kena pergi sebab itu kami akan bawa spare parts autogate dan sentiasa tambah spare parts dalam kenderaan servis autogate kami.

Autogate Repair Specialist Shah Alam
Autogate Repair Specialist Shah Alam

Kami Datang Dan Selesaikan Masalah Autogate Pada Hari Yang Sama

Salah satunya customer dari Shah Alam dimana swing oae 333a autogate customer tak boleh tutup sejak dari malam tadi tadi dan terpaksa ambil cuti emergency sebab risaukan rumah dengan pagar tak boleh tutup, guna remote autogate pun tak boleh. Customer memang hanya guna remote autogate untuk buka dan tutup. Biasa kes macam ini, sama ada autogate motherboard rosak atau autogate remote receiver, kami akan datang checking dan bawa autogate spare parts sekali.

Sebelum hubungi kami, dari apa yang customer beritahu, dia ada hubungi original autogate installer tetapi tak dapat, mungkin sebab sudah lama. Kemudian hubungi kontraktor autogate Shah Alam lain, mereka tak boleh selesaikan masalah autogate pada hari yang sama, sebab kena cari spare parts autogate dulu dan customer pun tak boleh tunggu berhari-hari untuk selesaikan masalah autogate nya. Kemudian, ayah customer syorkan servis Kedai Autogate, kami pernah baiki autogate rumah ayahnya pada hari yang sama dihubungi. Terus hubungi kami dan minta kami datang secepat mungkin. Nasib baiklah kami tidak jauh, lepas kami pasang autogate Tronica di USJ, setelah selesai terus ke rmah customer.

Kami buat pemeriksaan untuk mencari bahagian autogate mana yang tidak berfungsi, ambil oae swing autogate spare parts iaitu oae autogate control board dan terus gantikannya. Rasanya dalam setengah jam sudah siap. Lega customer autogate nya dah berfungsi seperti biasa, kalau tidak risau pagar tak boleh tutup waktu malam.

Swing OAE Autogate Repaur Shah Alam
Swing OAE Autogate Repaur Shah Alam

Hubungi Kedai Autogate Untuk Baiki Autogate Anda – Cepat dan Berkesan

Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman sebab mudah untuk mengenalpasti setiap masalah autogate yang anda hadapi. Kami selalu tekankan yang autogate spare parts tersedia adalah sangat penting ianya bagi memudahkan proses baik pulih autogate anda. Sekiranya autogate kita bermasalah, sebolehnya hanya ingin menggantikan bahagian autogate yang rosak, dapat kurangkan kos baiki autogate berbanding melakukan pemasangan autogate baru. Melainkan, memang terpaksa pasang autogate baru disebabkan autogate rosak teruk atau atas faktor lain.

Semua spare parts autogate untuk jenama autogate yang popular seperti Tronica®, KRON, FBM, E8, OAE, Dnor, Jackpro, RDS dan banyak lagi. Tak kira sama ada anda perlukan repair atau pemasangan baru, kami sedia datang ke kawasan sekitar Lembah Klang. Yang penting, kerja kami cepat dan kemas, supaya anda tak perlu risau pasal keselamatan atau keselesaan di rumah. Kalau anda nak servis autogate yang boleh dipercayai, terus je hubungi Jacky di 018-207 9198 atau WhatsApp www.wasap.my/60182079198 . Pasukan kami dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman untuk mengendalikan pelbagai sistem autogate, menjamin bahawa keperluan anda akan dipenuhi dengan kepakaran dan kecekapan.