Baiki Autogate Selayang – Autogate Baru Bermasalah
Salam. Hari ini kami ke Selayang untuk bantu customer ini yang ada masalah dengan autogate yang baru dipasangnya. Pada mula customer beritahu kami, kami tanya jenama autogate apa yang customer pasang dan kontraktornya kata ini dnor 712 swing autogate. Kemudian kami minta gambar untuk kepastian dan tengok ini bukan dnor autogate. Tapi tidak apa, kami akan datang tengok untuk kepastian dan pemeriksaan.
Dari apa yang customer beritahu lagi, swing autogate system ini baru sahaja dipasang beberapa bulan yang lepas dan ada masalah autogate tak boleh tutup. Customer pasang gate dan autogate sekali dengan kontraktor yang sama. Apabila ada masalah autogate, customer terus hubungi kontrakor tersebut tapi kontraktor tersebut beritahu, bukan mereka yang pasang autogate, mereka sub pada kontraktor autogate lain dan cuba hubungi kontraktor autogate tersebut tapi tak dapat. Itu yang customer hubungi kami Kedai Autogate, abangnya yang bagi nombor kami.
Pemasang Autogate Asal Gunakan Board Terpakai
Kami datang dan sahkan bukan dnor 712 arm autogate, design nya memang nampak sama, tapi bukan dan ada masalah dengan swing autogate control system. Kami rasa autogate control panel yang mereka gunakan bukannya baru sebab dekat situ tertulis warranty 2018. Setelah customer melihat sendiri dan dengar penjelasan kami, dia merasa tertipu. Apa yang kami boleh lakukan sekarang tukar autogate control panel baru yang berkualiti tinggi.
Kami nasihatkan lakukan penyelidikan dan cari maklumat berkenaan auto gate installer dan produk autogate yang anda gunakan untuk dimasa akan datang jika autogate bermasalah.
Hubungi Kami Untuk Sebarang Bantuan Berkenaan Autogate
Anda tidak pasti dapat mencari original autogate installer anda atau mereka tidak dapat membantu? Jangan risau, tidak kira brand autogate yang customer gunakan, jangan risau kami ada pelbagai auto gate spare parts seperti autogate arm, auto gate ic board, autogate transformer, autogate remote set, autogate battery dan autogate parts yang lain. Kami akan berikan penyelesaian terbaik
Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti dnor autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 Anda juga ke website kami https://kedaiautogate.com.my dan youtube https://www.youtube.com/watch?v=U98RPQVjkPw untuk lebih info.
Anda Nak Repair Autogate? Ikuti 3 Langah Mudah ini.
Langkah Pertama: Untuk swing atau gate lipat, tangkap gambar gate penuh dengan kiri dan kanan arm. Jika untuk gate sliding, tangkap gambar gate penuh, motor, roda dan juga trek.
Langkah Kedua: Kami akan kaji gambar, video dan masalah autogate yang anda hadapi. Lepas itu, kami hubungi untuk buat temu janji. Biasanya pada hari yang sama!
Langkah Ketiga: Kami akan bawa spare parts autogate dan alatan untuk terus baiki ke tempat anda.
Jika ada apa-apa yang anda perlukan, call sahaja kami di 018 – 207 9198 atau whatsapp ke www.wasap.my/60182079198 Kami sedia membantu.