Apa Perlu Dibuat Jika Autogate Tidak Berfungsi Pada Waktu Malam?

LATEST NEWS 

Apa Perlu Dibuat Jika Autogate Tidak Berfungsi Pada Waktu Malam?

Malam semalam kami menerima satu panggilan kecemasan daripada seorang customer di Klang. Dia beritahu autogate rumahnya tiba-tiba tak boleh buka ketika hujan lebat dan pada masa yang sama kawasan rumahnya mengalami blackout. Selepas hujan berhenti, dia cuba periksa dan nampak autogate cuba bergerak tetapi tersekat separuh jalan. Keadaan jadi cemas bila installer asal autogate tersebut langsung tak dapat dihubungi walaupun sistem autogate itu masih baru, belum sampai dua tahun digunakan. Disebabkan ada urusan penting keesokan pagi, customer terus hubungi kami untuk minta bantuan segera.

Seperti biasa, kami cuba bantu sebaik mungkin walaupun hanya melalui telefon terlebih dahulu. Kami minta customer cuba gunakan semua remote autogate yang ada dan juga butang manual dalam rumah, takut masalah hanya berpunca daripada remote. Selepas itu, kami sarankan supaya tutup bekalan elektrik rumah atau DB box selama lebih kurang 15 minit untuk reset sistem autogate. Ini adalah langkah asas yang kadang-kadang boleh selesaikan masalah kecil. Namun selepas semua langkah dicuba, autogate masih tidak berfungsi. Jadi kami terus aturkan temu janji untuk datang buat pemeriksaan pada awal esok.

Swing Autogate Repair Klang
Swing Autogate Repair Klang

Autogate Rosak Akibat Hujan & Blackout? Masalah PCB Board Berjaya Diselesaikan Dalam Masa Singkat

Apabila sampai di rumah customer, juruteknik kami terus buka kotak autogate dan periksa setiap komponen satu per satu. Pemeriksaan mendapati punca utama masalah adalah PCB board autogate yang telah rosak. Kemungkinan besar ia berlaku akibat kilat atau litar pintas semasa hujan lebat dan blackout malam sebelumnya. Nasib baik komponen lain seperti transformer, receiver dan bateri masih dalam keadaan baik, jadi tidak perlu tukar banyak bahagian lain.

Disebabkan kami memang sentiasa bawa spare parts, kami terus gantikan PCB board lama dengan control board model Tronica yang sesuai dengan sistem autogate customer. Selepas pemasangan, kami buat beberapa kali ujian buka dan tutup gate menggunakan remote dan juga butang suis autogate dalam rumah untuk pastikan semuanya berfungsi dengan lancar dan autogate dapat beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah. Customer jelas lega dan gembira kerana masalah berjaya diselesaikan sebelum waktu kerjanya bermula.

Kes ini berjaya diselesaikan dalam masa kurang daripada satu jam sahaja. Dengan pengalaman dan kepakaran juruteknik kami, punca masalah dapat dikenal pasti dengan cepat dan tindakan yang tepat terus diambil. Kami sentiasa utamakan servis yang pantas, kemas dan berkesan supaya customer tidak perlu menunggu lama atau risau tentang keselamatan rumah mereka. Bagi kami, kepuasan customer dan autogate yang berfungsi dengan baik adalah keutamaan utama dalam setiap servis yang kami lakukan.

Repair Autogate Cannot Open Klang
Repair Autogate Cannot Open Klang

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan

Kebanyakan customer yang hubungi kami, mereka semua urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari untuk autogate problem tersebut diselesaikan. Kami menawarkan penyelesaian baiki autogate untuk kawasan perumahan di Klang Valley. Servis autgate kami termasuk baiki autogate swing, baiki autogate control panel, tukar autogate bateri, arm autogate replacement, pasang Tronica® Autogate, tukar roda autogate, baiki trek gate, welding servis an banyak lagi.

Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kepakaran kami merangkumi autogate arm daripada negara berbeza antaranya Itali dan UK. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica®, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro, Valet, Beninca, DEA dan banyak lagi.

Untuk semua keperluan autogate services anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.