Autogate Tak Boleh Buka – Kami Datang Servis Bawa Spare Parts Bersama

LATEST NEWS 

Autogate Tak Boleh Buka – Kami Datang Servis Bawa Spare Parts Bersama

Sejak kebelakangan ini memang banyak kes autogate rosak selepas hujan lebat dan kilat kuat. Antara kes terbaru yang kami terima adalah daripada customer di Subang Jaya. Customer baru balik kerja waktu malam dan terkejut sebab autogate langsung tak boleh buka. Lagi mencabar, rumah pula tiada elektrik kerana satu rumah trip. Disebabkan rumah tersebut tiada pintu pagar kecil, customer terpaksa panjat pagar untuk masuk ke dalam rumah. Selepas periksa keadaan, customer dapati DB box trip kemungkinan akibat kilat kuat kerana jiran sebelah juga mengalami masalah yang sama pada waktu itu. Bila elektrik berjaya dihidupkan semula, customer cuba buka autogate untuk masukkan kereta tetapi malangnya autogate masih tidak berfungsi.

Disebabkan installer asal sudah tidak dapat dihubungi, customer cuba cari “autogate specialist near me” dan akhirnya jumpa Kedai Autogate. Keesokan paginya team kami terus datang untuk lakukan pemeriksaan. Seperti biasa, kami memang akan bawa pelbagai autogate spare parts siap-siap seperti autogate motherboard, control panel, transformer, remote set, backup battery dan juga arm autogate. Selepas diperiksa, kami dapati autogate motherboard dan transformer telah rosak akibat kesan terbakar disebabkan kilat. Kami terus tunjuk kepada customer bahagian yang rosak dan terangkan apa yang perlu ditukar. Dalam masa yang sama, customer juga minta kami tukar backup battery autogate kerana sebelum ini pernah berlaku elektrik ditutup semasa kerja wiring rumah dilakukan dan autogate langsung tak boleh digunakan sebab bateri sudah kong. Selepas semua spare parts ditukar termasuk motherboard autogate, transformer 12V dan backup battery baru, autogate jenis Italianor swing autogate milik customer kembali berfungsi dengan baik seperti biasa.

Kami juga sempat bantu jiran customer yang turut mengalami masalah selepas blackout berlaku. Nasib baik autogate jirannya tidak rosak teruk dan hanya perlu tukar backup battery sahaja kerana autogate tidak dapat dibuka semasa elektrik terputus. Bila elektrik kembali pulih, autogate masih boleh berfungsi seperti biasa. Kes macam ini memang semakin kerap berlaku sekarang, sebab itu kami selalu nasihatkan customer supaya pastikan autogate mempunyai backup battery yang masih elok dan lakukan pemeriksaan berkala untuk elakkan masalah lebih besar nanti.

Swing Autogate Cannot Open Subang Jaya
Swing Autogate Cannot Open Subang Jaya

Kilat Boleh Merosakkan Beberapa Komponen Autogate

Sekarang ini boleh dikatakan musim hujan dan banyak kes autogate tidak berfungsi selepas hujan. Jika anda mengalami masalah yang sama dan pemasang autogate asal anda tidak dapat membantu, jangan ragu untuk menghubungi Kedai Autogate. Kami akan memberikan respon segera dan datang untuk menyelesaikan masalah autogate anda dengan cepat dan berkesan.

Cara kerja autogate repair kami pun mudah dan tidak rumit. Mula-mula customer hanya perlu beritahu masalah autogate yang sedang berlaku. Selepas itu, customer boleh hantar gambar autogate untuk kami kenal pasti model atau jenama autogate yang digunakan supaya kami boleh siap sedia spare parts yang sesuai sebelum datang. Apabila sampai di lokasi, technician kami akan buat pemeriksaan untuk cari punca sebenar kerosakan dan kenal pasti bahagian autogate yang bermasalah. Kami akan terangkan dengan jelas apa yang rosak, kos repair yang terlibat dan hanya teruskan kerja selepas customer setuju. Semua spare parts penting memang sudah tersedia dalam kenderaan servis kami, jadi kebanyakan masa kami boleh terus tukar dan siap baiki pada hari yang sama. Selepas repair selesai, kami akan buat testing beberapa kali untuk pastikan autogate kembali berfungsi dengan baik dan customer boleh guna semula tanpa masalah.

Ligtning Autogate Repair Subang Jaya
Ligtning Autogate Repair Subang Jaya

Baiki Autogate Terbaik Dengan Kedai Autogate

Pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang benar-benar pakar dan berpengalaman dalam bidang ini. Di Kedai Autogate, kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan hanya menggunakan spare parts autogate yang baru, tulen, dan berkualiti tinggi, memastikan setiap sistem yang kami perbaiki atau pasang akan bertahan lebih lama dan berfungsi dengan baik.

Tidak kira brand autogate yang customer gunakan, jangan risau kami ada pelbagai auto gate spare parts. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, Valet, DEA, Beninca, DCMoto Green Machine, RDS, Jackpro dan banyak lagi.

Kami menawarkan servis baiki autogate termasuk baiki remote autogate, repair autogate control panel, baiki autogate cannot open, pemasangan autogate Tronica®, penggantian roda autogate, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp juga dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.