Autogate Kelana Jaya – Tidak Nak Lagi Baiki Autogate Lama

LATEST NEWS 

Tidak Nak Lagi Baiki Autogate Lama

Hi semua. Tahun lepas, masa tu kami pernah datang ke rumah customer ni untuk repair autogate bracket. Waktu tu semuanya berjalan lancar dan autogate masih berfungsi cuma agak pelahan. Tapi hari ni, customer hubungi kami semula sebab autogate sebelah kanan tak boleh buka langsung. Bila jadi macam ni, selalunya punca utama datang daripada arm autogate yang dah rosak atau haus. Seperti biasa, sebelum buat apa-apa, kami akan datang dan lakukan pemeriksaan penuh untuk pastikan betul-betul apa masalah sebenar.

Bila kami sampai di rumah customer, pemeriksaan menunjukkan memang betul stainless steel arm autogate dah rosak sepenuhnya. Motor dalam arm tu dah tak kuat dan gear pun dah longgar. Sebenarnya kami ada stok spare parts stainless steel arm autogate yang boleh terus diganti di tempat. Tapi lepas berbincang dengan customer, dia buat keputusan nak tukar sistem autogate baru terus. Katanya, sistem lama dah banyak kali bermasalah dan dia tak nak ambil risiko, lagi-lagi nak dekat musim cuti sekolah dan nak balik kampung. Takut nanti autogate rosak masa dia tak ada di rumah.

Replace Old Autogate Kelana Jaya
Replace Old Autogate Kelana Jaya

Lebih Baik Pasang Set Autogate Baru Dengan Tronica® 828

Kami pun syorkan model terbaik tahun ni, iaitu Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Sistem ni memang terkenal sebab tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan jangka panjang. Kebetulan kami bawa satu set lengkap masa tu, jadi boleh terus lakukan pemasangan baru hari yang sama. Semua bahagian lama kami cabut keluar dan ganti dengan kron autogate parts yang lebih berkualiti. Proses pemasangan berjalan lancar, kami test beberapa kali untuk pastikan semuanya smooth dan senyap bila buka tutup pagar.

Lepas siap testing, customer sangat puas hati dengan hasilnya. Katanya autogate baru ni jauh lebih senyap, buka tutup pun lebih laju dan stabil. Dia juga rasa lebih tenang sebab tahu sistem ni datang dengan warranty dan support selepas jualan. Kami pun sempat terangkan cara guna remote baru, penjagaan asas dan macam mana nak kesan tanda awal kalau ada masalah pada masa depan. Bila semuanya dah okey, baru kami kemas barang dan bergerak ke lokasi seterusnya.

Kami memang selalu syorkan sistem autogate Tronica®, terutamanya model swing arm, sebab ia sesuai dengan kebanyakan jenis pagar rumah di Malaysia. Jenama Tronica® ni memang popular dan dipercayai sebab semua komponennya dibuat dengan bahan berkualiti tinggi dari autogate control system, transformer, remote control, bateri backup, sampai pvc box semuanya dibuat di Malaysia. Tak hairanlah sistem ni boleh tahan bertahun-tahun tanpa banyak masalah. Jadi kalau anda tengah fikir nak tukar autogate baru yang tahan lama dan berbaloi, Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System memang pilihan terbaik.

Install New Autogate Kelana Jaya
Install New Autogate Kelana Jaya

Hubungi Kami Untuk Pasang Dan Baiki Autogate Anda

Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, Kedai Autogate adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Yang ada masalah autogate dan original autogate installer hilang, Kedai Autogate juga boleh bantu selesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat dan berkesan.

Perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan. Sekiranya autogate anda sudah terlalu lama dan ianya telah rosak. Bolehlah pertimbangkan untuk pemasangan autogate baru dengan Tronica® Autogate System ataupun anda masih ingin membaikinya kami ada autogate spare parts. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh terus hubungi Kedai Autigate dimana kami akan bantu anda membuat keputusan yang tepat. Berikan keterangan details mengenai Tronica® Autogate System dan spare parts autogate yang kami gunakan.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk penggantian roda autogate, pembaikan remote autogate, servis baiki autogate control panel, pemasangan autogate, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.