Autogate Kajang – Letakkan Minyak Pelincir Pada Roda Pagar Anda

LATEST NEWS 

Autogate Kajang – Letakkan Minyak Pelincir Pada Roda Pagar Anda

Hi. Ini kali kedua kami dihubungi customer daripada Kajang ini, pertama dulu dalam 3 bulan masa itu customer ada masalah autogate hanya buka separuh, macam ada yang sangkut. Kebanyakan pelanggan yang ada masalah autogate buka tutup separuh, autogate tak boleh buka habis, kami akan minta untuk spray minyak pelincir WD40 pada roda autogate terlebih dahulu. Apabila bearing roller menjadi terlalu kering, ia akan sukar untuk berpusing, sebab itu autogate buka separuh sahaja, autogate roller jem. Selalunya spray minyak pada roda autogate ia akan berpusing semula dan boleh buka dan tutup seperti biasa. Dan ya, folding autogate customer berfungsi semula seperti biasa selepas letakkan minyak pada roda tersebut.

Kali ini kami dihubungi untuk menggantikan roda autogate sebab customer beritahu walaupun sudah spray wd40 ianya okay sekejap dan jadi semula dan baru-baru ini roda autogate selalu melompat keluar daripada trek. Kami menggantikan 304 stainless steel auto gate rollers yang tahan karat dan tahan lama. Setelah selesai tukar roda autogate, kami pesan pada customer lakukan auto gate roller maintenance dengan meletakkan minyak wd40 kepada roda autogate dalam seminggu sekali untuk memanjangkan jangka hayat roda autogate tersebut.

Autogate Halfway Repair Kajang
Autogate Halfway Repair Kajang

Auto Gate Folding Akan Ada Masalah Dengan Roda

Pengguna folding auto gate, pintu pagar yang beroda memang akan ada masalah dengan roda autogate, sama ada roda autogate melompat, roda autogate sangkut ataupun roda autogate tercabut. Tetapi boleh jadikan roda autogate tersebut tahan lama, pertama dengan menggunakan high quality auto gate roller, seperti kami akan syor menggunakan stainless steel 304 autogate roller. Kedua, lakukan sedikit auto gate roller maintenance, anda boleh lakukannya sendiri dengan meletakkan minyak pada roda secara sekala. Dengan ini, roda autogate anda boleh tahan lebih lama.

Kepada anda yang selalu anda masalah roda autogate selalu melompat keluar dari trek bolehlah untuk dapatkan penyelesaian daripada Kedai Autogate. Sebabnya kami hanya menggunakan high quality auto gate wheels dan sangat recommend menggunakan stainless steel auto gate roller yang tahan karat dan akan tahan lama. Kami juga menggunakan teknik yang betul untuk tukar roda autogate dari segi keluarkan roda autogate lama, welding roda auto gate baru dan akan adjust semula autogate motor alignment dan level. Selepas selesai, kami akan minta untuk buka tutup autogate berulang kali sehingga anda puas hati, kemudian barulah technician kami balik.

Baiki Roda Autogate Kajang
Baiki Roda Autogate Kajang

Pelbagai Servis Autogate Kami Tawarkan

Kami sudah lama dalam industri autogate ini, apa jua masalah gate dan autogate kami berjaya menyelesaikannya. Hampir beribu-ribu unit rumah kami telah membuat pemasangan KRON 929 arm autogate sistem. Baiki autogate motor dan repair autogate roller untuk ramai customer. Kerana itu kami sentiasa diberi kepercayai dan menjadi servis yang paling terbaik untuk pemasangan autogate dan repair autogate di Kajang.

Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 Anda juga ke website kami https://kedaiautogate.com.my dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.

Anda Nak Repair Autogate? Ikuti 3 Langah Mudah ini.

Langkah Pertama: Untuk swing atau gate lipat, tangkap gambar gate penuh dengan kiri dan kanan arm. Jika untuk gate sliding, tangkap gambar gate penuh, motor, roda dan juga trek.

Langkah Kedua: Kami akan kaji gambar, video dan masalah autogate yang anda hadapi. Lepas itu, kami hubungi untuk buat temu janji. Biasanya pada hari yang sama!

Langkah Ketiga: Kami akan bawa spare parts autogate dan alatan untuk terus baiki ke tempat anda.

Jika ada apa-apa yang anda perlukan, call sahaja kami di 018 – 207 9198 atau whatsapp ke www.wasap.my/60182079198 Kami sedia membantu.