Autogate Shah Alam – Autogate Baru Dipasang Ada Masalah Dan Installer Hilang

LATEST NEWS 

Autogate Shah Alam – Autogate Baru Dipasang Ada Masalah Dan Installer Hilang

Hai semua. Kami bercakap berdasarkan perkara yang kami lalui setiap hari dan salah satunya customer di Shah Alam. Anda boleh tengok memang baru lagi dnor 712 arm autogate system, baru beberapa bulan sahaja dan sekarang masalah dnor swing autogate tak boleh tutup. Dari apa yang En Arman beritahu, sejak 5 hari lepas sudah ada masalah, memang risau malam tinggalkan pagar autogate terbuka, tidur jadi tak lena dan ada hubungi original auto gate installer, mula-mula mereka kata akan datang dan cuba untuk dapatkan temu janji, selepas itu sudah tak dapat hubungi mereka, nombor customer seperti kena block. En Arman hanya ada satu nombor itu sahaja untuk dihubungi dan nama syarikat mereka pun customer tidak tahu. Disebabkan masih dalam warranty autogate, itu yang customer masih tunggu mereka.

Sekarang En Arman perlu cari penyelesaian sendiri dengan mencari reliable autogate services daripada syarikat autogate teratas di Shah Alam. Encik Arman dapat contact kami dari tempat dia bekerja, dimana kami yang kendalikan autogate di Kilangnya.

Seperti biasa sebelum ke rumah mereka kami akan prepare spare parts autogate secukupnya seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver autogate arm. Setiap satu spare parts kami akan bawa lebih dari satu, untuk autogate control board kami ada pelbagai jenis. Technician pengalaman kami bawa spare parts autogate bersama mereka.

Kami datang buat troubleshooting dnor autogate, apabila buka kotak autogate, kami dapati dnor autogate control panel dan dnor auto gate transformer bukan baru, ianya secondhand. Yang rosak adalah auto gate control panel yang membuatkan autogate tidak berfungsi. Kami tunjuk semua proses pada En Arman, supaya selepas ini dia lebih berhati-hati dalam mencari kontraktor.

Swing Autogate Repair Shah Alam
Swing Autogate Repair Shah Alam

Dapatkan Servis Autogate (Pasang/ Baiki) Yang Boleh Dipercayai

Memang banyak kes customer yang lepas sahaja autogate siap dipasang, tak lama kemudian mula keluar macam-macam masalah. Ada yang autogate bergerak perlahan, autogate remote control tak function, sebelahautogate gate tak buka atau sistem tiba-tiba tak boleh digunakan langsung. Yang paling mengecewakan bila cuba hubungi installer, langsung tak dapat respon. Call tak angkat, WhatsApp tak reply, sampai customer sendiri rasa buntu tak tahu nak minta bantuan daripada siapa.

Sebab itu sebelum pasang autogate, penting untuk pilih installer yang betul-betul boleh dipercayai dan ada pengalaman. Jangan tengok harga murah sahaja tanpa tahu kualiti kerja dan servis selepas jualan mereka. Installer yang bagus biasanya ada alamat syarikat yang jelas, team technician sendiri dan mudah dihubungi bila customer perlukan bantuan. Bila ada support selepas pemasangan, customer pun rasa lebih tenang sebab tahu ada orang yang boleh bantu kalau berlaku masalah. Kami percaya servis selepas jualan itu sama penting dengan pemasangan autogate itu sendiri, sebab customer bukan nak guna sehari dua, tapi untuk jangka masa panjang.

Kontraktor Autogate Shah Alam
Kontraktor Autogate Shah Alam

Hubungi Kami Untuk Sebarang Bantuan Berkenaan Autogate

Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti tronica, kron, fbm, cougar, dnor 712, dnor 212 autogate, dnor turbo 880, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, oae autogate, valet, dea dan beninca. Kami hanya menggunakan spare parts autogate baru dan original.

Kami menawarkan penyelesaian baiki autogate untuk kawasan perumahan di Shah Alam dan Lembah Klang. Servis autgate kami termasuk baiki autogate swing, baiki autogate control panel, tukar autogate bateri, arm autogate replacement, pasang Tronica® Arm Autogate, tukar roda autogate, baiki trek gate, welding servis an banyak lagi.

Anda boleh menghubungi kami di 018 – 207 9198 atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.