Autogate Taman Melawati – Tukar Autogate Parts Rosak On The Spot

LATEST NEWS 

Autogate Taman Melawati – Tukar Autogate Parts Rosak On The Spot

Hai semua. Semalam petang servis terakhir autogate ke Taman Melawati KL yang ada masalah autogate tak boleh buka. Dari apa yang customer beritahu, orang pertama yang dia hubungi adalah call autogate installer asal, tapi nombor dah tak aktif. Cuba contact beberapa kontraktor autogate lain pun tak dapat bantu on the spot kena datang tengok dulu, cari spare parts, kemudian datang balik. Proses tu ambil masa beberapa hari, sedangkan customer memang tak boleh tunggu lama. Nasib baik jiran bagi contact kami sebab jiran tu sendiri pernah kami bantu sebelum ini dan kami boleh datang dan selesaikan masalah autogate pada hari yang sama.

Team kami kebetulan berada tak jauh dari kawasan tu, kami di area Wangsa Maju, masa itu tengah pasang Tronica® 929 Arm Autogate System, selesainya saja pemasangan kami terus gerak ke lokasi. Lepas buat pemeriksaan, kami jumpa punca masalah beberapa komponen pada autogate control panel sudah rosak dan tak boleh berfungsi seperti biasa. Customer pun lega bila kami terus explain masalah dan cadangkan tukar bahagian yang rosak. Tak perlu tunggu lama atau buat banyak kali lawatan kami boleh buat on the spot sebab technician kami memang bawa spare parts lengkap.

Selain itu, customer juga minta tukarkan rubber stopper yang dah hancur. Bila stopper rosak, autogate akan bergegar kuat setiap kali tutup. Lepas dapat persetujuan, kami terus tukar board swing autogate dan rubber stopper baru. Semuanya siap hari yang sama. Autogate pun kembali berfungsi normal dan customer rasa sangat lega, tak perlu tunggu lama, memang susah autogate tak boleh buka, susah nak keluar masuk rumah.

Jika anda pun ada masalah autogate tiba-tiba rosak, kami memang cuba datang hari yang sama kalau jadual kami mengizinkan.

Repair Autogate Cannot Open Taman Melawati
Repair Autogate Cannot Open Taman Melawati

Kontraktor Autogate Berpengalaman Dengan Spare Parts Tersedia

Kami sentiasa membawa auto gate spare parts seperti autogate arm, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set, autogate bateri, stopper dan banyak lagi bersama, jadi apa sahaja autogate parts/ autogate components yang rosak, kami boleh terus menggantikannya.

Semua customer yang hubungi kami, mereka urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari untuk autogate problem tersebut diselesaikan. Team Kedai Autogate akan datang secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah autogate rosak anda dengan cara baiki autogate yang cepat dan berkesan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang.

Repair Autogate Stopper Taman Melawati
Repair Autogate Stopper Taman Melawati

Servis Autogate Tiptop Di Lembah Klang

Autogate yang anda gunakan menghadapi masalah? Pemasang autogate anda tidak dapat membantu ? Memang banyak servis baiki autogate yang kami buat, bukanlah yang kami pasang, kami cuma membantu sebabnya pihak pemasang autogate rumah customer, tidak dapat dihubungi dan ada juga masalah dengan mereka. Kami boleh baiki semua types of autogate system dan jenama autogate seperti OAE 333a, dnor autogate, E8, agt, valet, dea, tronica, kron, fbm dan banyak lagi.

Tak kira sama ada anda perlukan repair atau pemasangan Tronica® autogate baru, kami sedia datang ke kawasan sekitar Lembah Klang. Yang penting, kerja kami cepat dan kemas, supaya anda tak perlu risau pasal keselamatan atau keselesaan di rumah. Kalau anda nak servis autogate yang boleh dipercayai, terus je hubungi Jacky di 018 – 207 9198 atau WhatsApp. Pasukan kami dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman untuk mengendalikan pelbagai sistem autogate, menjamin bahawa keperluan anda akan dipenuhi dengan kepakaran dan kecekapan.