Autogate Shah Alam – Remote Control Autogate Tak Boleh Guna

LATEST NEWS 

Autogate Shah Alam – Remote Control Autogate Tak Boleh Guna

Hai semua. Hari ini pun kami ada baiki masalah remote autogate juga, seperti yang kami pernah cakap, memang hampir setiap hari kami ada service repair remote autogate di Shah Alam. Salah satunya customer dari Seksyen 9 Shah Alam yang ada masalah kunci remote autogate tak boleh digunakan. Dari apa yang Encik Haikal beritahu, dia hanya ada tinggal satu remote control autogate sahaja untuk buka tutup dan guna switch autogate dalam rumah juga untuk kawal autogate. Tetapi sekarang hanya remote autogate tak boleh guna, switch button autogate tu boleh.

Apabila customer hubungi kami untuk masalah remote autogate, kami akan minta untuk tukar bateri remote autogate terlebih dahulu, ada kes bateri remote tu dah habis, sebab tu remote autogate tak guna. Tetapi jika dah tukar autogate remote control batttery tapi masih tak boleh, kemungkinan autogate remote receiver yang rosak atau autogate motherboard. Kami akan datang lakukan pemeriksaan dan troubleshooting autogate terlebih dahulu.

Berbalik pada Encik Haikal tadi, dia cuba untuk tukar battery remote autogate dulu dan setelah itu, autogate boleh buka guna remote cumanya sangat susah, kena tekan banyak kali barulah boleh buka dan Encik Haikal minta kami datang dan baiki masalah autogate tersebut.

Sebelum ke rumah customer, kami akan berikan estimate harga baiki autogate yang mungkin perlu supaya customer boleh dapat gambaran bajet dan jika customer setuju, baru kami datang. Kami akan bawa spare parts autogate seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate arm. Kami bawa sekali spare parts yang biasa diperlukan supaya bila kami datang, masalah boleh diselesaikan terus. Jadi tak perlu tunggu lama atau risau pasal autogate yang tak boleh berfungsi. Fokus kami adalah buat autogate anda buka dan tutup dengan remote seperti biasa, cepat, mudah dan tanpa pening kepala!

Servis Baiki Autogate Cepat Di Shah Alam
Servis Baiki Autogate Cepat Di Shah Alam

330MHz Autogate Remote Receiver Lama Rosak

Bila kami sampai dan buat pemeriksaan, rupanya remote receiver lama sudah rosak. Customer masih menggunakan sistem lama 330MHz, sebab tu jarak remote pun memang pendek dan senang jadi lemah bila receiver dah mula rosak. Bila receiver dah tak dapat baca signal, memang remote takkan berfungsi walaupun bateri baru. Masalah macam ni memang biasa berlaku bila receiver dah lama atau sudah haus.

Kami terus cadangkan customer untuk upgrade ke sistem 433MHz autogate remote, yang jauh lebih stabil dan boleh buka dari jarak lebih jauh. Jadi, kami ganti satu set lengkap 433MHz remote receiver + 3 unit remote control. Selepas pemasangan, customer test sendiri dan memang ketara beza jaraknya, tak perlu rapat pada gate lagi. Sekarang autogate boleh buka dengan mudah, lebih lancar, dan tak perlu risau waktu hujan atau gelap pun. Kalau anda pun ada masalah remote autogate tak responsive, boleh hubungi kami bila-bila masa.

Autogate Remote Repair Shah Alam
Autogate Remote Repair Shah Alam

Hubungi Kedai Autogate Untuk Penyelesaian Masalah Autogate Anda

Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica, KRON Autogate, FBM, E8, dnor 212, dnor 712, dnor 212k, oae 333a, dcmoto dc975, dcmoto dc925, G-Force dan banyak lagi.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk baiki remote autogate, pembaikan panel kawalan autogate, pemasangan autogate Tronica, tukar roda autogate, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0Bsg Uuntuk lebih info.