Kami Tukar Tronica® Arm Autogate Dan Pagar Bearing

LATEST NEWS 

Kami Tukar Tronica® Arm Autogate Dan Pagar Bearing

Hai semua. Servis baiki autogate motor kami diperlukan di Subang Jaya sebelah kiri swing autogate arm stainless steel tidak berfungsi dan customer perlukan penggantian satu arm autogate yang tidak berfungsi. Untuk gantikan sebelah arm autogate, kami menggunakan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate memandangkan jenama arm autogate asal tiada spare parts dan boleh saja gantikan sudah model autogate lain.

Setibanya dirumah customer, kami perasan yang bearing pagar sebelah kanan bearing pagar bermasalah dan customer juga tahu mengenainya. Dari apa yang customer beritahu, dia menunggu kontraktor pagar hampir seminggu tak datang-datang. Kami tawarkan untuk lakukan swing gate bearing replacement, customer tidak sangka kami juga boleh lakukannya. Jangan biarkan masalah gate bearing berterusan, pintu pagar boleh jatuh.

Jadi dengan auto gate spare parts yang kami bawa, kami mulakan dengan replace bearing auto gate swing 2 unit untuk sebelah kanan atas dan bawah. Kemudian kami teruskan, dengan menukar swing arm autogate lama dengan Tronica® 828 Arm Autogate.

Arm Autogate Repair Subang Jaya
Arm Autogate Repair Subang Jaya

Servis Baiki Autogate Lengkap – Satu Team Selesaikan Semua Masalah Pagar Autogate Anda

Kami menyediakan servis baiki autogate yang lengkap untuk pelbagai jenis masalah, tak kira kecil atau besar. Dari autogate motor rosak, arm autogate, autogate PCB board bermasalah, autogate remote tak berfungsi, sampai ke roda autogate haus atau bearing berbunyi semua kami boleh uruskan. Kalau pintu pagar tercabut atau bracket patah pun bukan masalah. Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami dah jumpa macam-macam situasi, jadi kami tahu cara paling cepat dan berkesan untuk selesaikan masalah anda.

Biasanya bila kami datang buat pemasangan autogate atau servis autogate, memang akan ada isu lain yang timbul. Contohnya pagar bearing bermasalah, roda pagar dah rosak atau hinges bearing dah longgar. Kelebihan kami, semua ni boleh terus settle dalam satu masa tanpa perlu tunggu kontraktor lain. Juruteknik kami memang berpengalaman dan sentiasa bawa spare parts autogate yang diperlukan, jadi kerja boleh siap lebih cepat dan jimat masa anda.

Berbeza dengan sesetengah kontraktor servis lain yang hanya fokus pada baiki motor autogate sahaja, kami menawarkan servis menyeluruh. Anda tak perlu pening kepala cari orang lain untuk baiki bahagian lain pagar. Dengan satu team saja, semua masalah boleh selesai. Lebih mudah, lebih jimat kos, dan yang penting anda dapat hasil kerja yang kemas dan tahan lama.

Repair Gate Bearing Subang Jaya
Repair Gate Bearing Subang Jaya

Kontraktor Autogate Terbaik Anda

Dengan kami masalah auto gate motor dan auto gate bearing juga selesai. Untuk menggantikan gate bearing, memerlukan tenaga kerja yang mencukupi, mempunyai kepakaran dalam welding dan kena pastikan pintu pagar sama level. Setelah itu lakukan testing supaya semuanya bergerak dan berfungsi dengan baik. Hanya mereka yang pengalaman dan pakar boleh lakukannya.

Kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru Tronica® Autogate customer akan segera hubungi kami.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda. Cari kedai autogate near me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.