Kami Datang Servis Pada Hari Yang Sama – Motherboard Autogate Rosak

LATEST NEWS 

Kami Datang Servis Pada Hari Yang Sama – Motherboard Autogate Rosak

Kami dihubungi customer dari Subang Jaya yang ada masalah swing autogate tak boleh buka, masa itu customer dari luar, nak buka pagar tak guna remote autogate tak boleh. Pagar kecil pun tak ada untuk masuk rumah. Dari apa yang customer beritahu, dia cuba hubungi original autogate installer tapi tak dapat. Itu yang customer hubungi kami, pada mulanya kami ajar untuk buka pagar manual terlebih dahulu supaya customer boleh masuk rumah. Oleh kerana tiada tools, customer panjat masuk pagar autogate tersebut.

Nasib baik, kami boleh datang pada hari yang untuk baiki autogate tersebut. Kami datang lakukan swing autogate checking untuk mencari punca kerosakan dan sekejap sahaja sudah tahu yang autogate motherboard dan autogate transformer rosak, kami rasa mungkin disebabkan short circuit, sebab nampak ada tnb tengah betulkan pencawang. Dengan persetujuan customer, masa itu juga kami gantikan swing autogate spare parts yang bermasalah. Sekarang customer boleh buka autogate seperti biasa.

Baiki Autogate Swing USJ
Baiki Autogate Swing USJ

Autogate Tak Boleh Buka – Kena Panjat Pagar Masuk Rumah

Hubungi Kedai Autogate bila autogate rumah anda bermasalah dan installer asal tak dapat dihubungi atau tak boleh datang bantu. Kami faham situasi bila autogate tak boleh buka atau terus tak berfungsi memang sangat menyusahkan, terutama bila anda baru balik kerja atau sedang berada di luar rumah dan pagar langsung tak boleh dibuka, ada kes kena panjat pagar untuk masuk rumah. Sebab itu kami sentiasa bersedia untuk datang terus ke lokasi anda bagi buat pemeriksaan dan pembaikan supaya masalah dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa perlu tunggu lama.

Hampir setiap hari kami menerima panggilan untuk baiki autogate tak boleh buka, autogate tak bergerak atau autogate langsung tak berfungsi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Kelebihan kami, semua spare parts autogate memang ada stok, jadi kebanyakan masalah autogate boleh terus diselesaikan pada hari yang sama kami datang tanpa perlu tunggu alat ganti.

Selain itu, kami memang sentiasa bawa pelbagai jenis spare parts autogate semasa buat servis, termasuk arm autogate pelbagai jenama, autogate control panel, transformer, set remote autogate, kotak autogate, capacitor, autogate lock dan banyak lagi. Bila spare parts ada bersama, kerja pembaikan jadi lebih cepat dan mudah. Sebab itu penting untuk pastikan kontraktor autogate yang anda hubungi memang bersedia dan lengkap dengan alat ganti, supaya masalah autogate anda dapat diselesaikan sekali datang tanpa buang masa.

Swing Autogate Repair USJ
Swing Autogate Repair USJ

Servis Autogate Tiptop Di Lembah Klang

Hanya servis terbaik diberikan, yang pastikan mudah, cepat dan berkesan. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan. Kami ada autogate repair specialist dan mempunyai semua autogate spare parts. Sekiranya anda ingin lakukan pemasangan autogate baru, kami snagat syorkan Tronica® Arm Autogate System.

Kami menawarkan servis autogate termasuk penggantian baiki remote autogate, repair autogate control panel, pemasangan autogate Tronica®, tukar roda autogate dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.