Autogate Bangi – Pemasangan Tronica® Swing Arm Autogate Baru Diperlukan

LATEST NEWS 

Pemasangan Tronica® Swing Arm Autogate Baru Diperlukan

Hai semua. Baru-baru ni kami terima panggilan daripada seorang customer di Bangi yang menghadapi masalah dengan autogate lama model Dnor 712. Kedua-dua arm dah mula tunjuk simptom tak stabil arm sebelah kiri bergerak sangat perlahan, manakala sebelah kanan pula kadang jalan, kadang langsung tak respon. Situasi macam ni memang menyusahkan sebab setiap kali nak keluar masuk rumah pun kena risau sama ada autogate boleh berfungsi atau tidak. Customer pun dah beberapa kali buat repair sebelum ni, tapi masalah tetap berulang sampai rasa penat dan kecewa.

Lepas berbincang dan timbang baik buruk, customer akhirnya buat keputusan untuk tukar terus kepada sistem autogate baru. Kebetulan jiran sebelah ada cadangkan model Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate yang dah digunakan lebih 7 tahun tanpa sebarang masalah. Dari pengalaman jiran tu, memang jelas model ni tahan lama dan jarang rosak. Bila dengar feedback yang positif, customer jadi lebih yakin untuk buat pelaburan jangka panjang daripada terus habiskan duit untuk repair berkali-kali.

Kami pun datang untuk buat pemasangan autogate baru tersebut. Proses pemasangan berjalan lancar dan selepas siap, memang nampak perbezaan dari segi kelancaran dan kekuatan sistem. Customer pun rasa lega sebab akhirnya dapat autogate yang boleh diharap tanpa perlu fikir pasal masalah berulang lagi. Kadang-kadang, tukar kepada sistem baru memang pilihan yang lebih bijak daripada terus baiki benda lama yang dah banyak kali rosak.

Pasang Swing Autogate Baru Bangi
Pasang Swing Autogate Baru Bangi

Terus Baiki Autogate Lama Atau Lebih Berbaloi Pasang Baru

Kalau autogate lama dah mula buat hal, terutamanya bahagian arm motor, memang kena fikir betul-betul sama ada nak terus baiki atau tukar baru. Biasanya masalah tak datang sekali je hari ni rosak sebelah kiri, esok lusa mungkin sebelah kanan pula menyusul. Bila dah jadi macam tu, kos repair pun makin lama makin tinggi sebab kena tukar satu-satu komponen. Akhirnya jumlah semua tu boleh jadi lagi mahal daripada pasang autogate baru terus. Sebab tu ramai customer sekarang pilih untuk upgrade ke sistem baru, lagi-lagi kalau autogate lama dah nampak tanda-tanda uzur dan kerap rosak. Tapi kalau anda masih nak baiki, jangan risau kami masih ada spare parts autogate lengkap untuk bantu selesaikan masalah tersebut.

Untuk yang nak pasang autogate baru pula, penting sangat pilih syarikat autogate yang betul-betul boleh dipercayai. Bukan setakat pasang siap, tapi ada after sales support yang bagus supaya senang nak rujuk kalau ada apa-apa masalah di kemudian hari. Selain tu, pastikan juga sistem autogate yang dipilih berkualiti tinggi dan tahan lama supaya tak perlu pening kepala dalam jangka masa panjang. Kami di Kedai Autogate dah lama dalam industri ni dan membekalkan pelbagai jenis sistem yang proven, termasuk model seperti Tronica®-828 Arm Autogate System yang memang dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang mantap.

Kontraktor Autogate Terbaik Bangi
Kontraktor Autogate Terbaik Bangi

Autogate Specialist – Pasang Dan Baiki Autogate

Kami bukan sahaja supply auto gate motor and install auto gate system, kami juga melakukan auto gate repair service dengan penyelesaian masalah autogate rosak anda tidak kira jenis autogate arm dan sliding yang gunakan untuk pelbagai jenama seperti Tronica®, KRON, FBM, DCMoto, Digicraft, Legate, Valet, DEA, Beninca, FAAC dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti dengan masalah autogate anda, biar kami datang membantu atau anda ingin buat keputusan untuk install new automatic gate system, sistem pintu pagar automatik boleh ke autogate showroom kami. Kami merupakan top autogate company in Malaysia, top autogate installer in Bangi, yang merupakan autogate specialist Bangi, selangor yang merupakan autogate supplier Bangi dengan best auto gate motor in Malaysia.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda. Cari kedai autogate near me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.