Baiki Pagar Bearing Dan Tukar Underground Autogate System Lama

LATEST NEWS 

Baiki Pagar Bearing Dan Tukar Underground Autogate System Lama

Selamat Pagi. Kisah kali ini customer daripada Damansara, ceritanya customer tahun lepas customer ada hubungi kami masa itu ada masalah dengan swing auto gate tidak sama level, membuatkan bahagian underground autogate lock sangat bergesel dengan lantai dan itu berpunca daripada auto gate bearing yang bermasalah, kami ada berikan harga untuk lakukan auto gate bearing replacement, selepas itu customer senyap sahaja. Hari ini kami hubungi semula, kali masa kali teruk, sebab pintu pagar swing nya sebelah terus tercabut jatuh ke lantai. Customer perlukan kami untuk penyelesaian tersebut. Pertama swing gate bearing perlu digantikan dan untuk autogate, kami syorkan pasang autogate baru dengan swing arm autogate kron. Customer setuju untuk kami lakukannya.

Jadi sekarang kami mulakan dengan menggantikan swing gate bearing sebelah kanan dan ikuti dengan pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Semuanya dilakukan pada hari yang sama. Akhir sekali testing dilakukan untuk memastikan semuanya bergerak dengan lancar. Setelah customer berpuas hati, barulah kami pulang untuk ke tempat seterusnya.

Underground Autogate Replacement Damansara
Underground Autogate Replacement Damansara

Pakar Tukar Bearing Pagar dan Baiki/ Pasang Tronica® Autogate

Sekiranya pintu pagar anda tiba-tiba tak sama ketinggian, contohnya sebelah kanan lebih tinggi daripada sebelah kiri, itu tanda gate bearing bermasalah. Gate bearing yang longgar atau tercabut boleh menyebabkan pintu pagar tidak stabil, dan kalau dibiarkan, risiko pintu pagar jatuh sepenuhnya memang tinggi. Masalah ini bukan saja menyusahkan, malah boleh membahayakan keselamatan rumah dan keluarga. Jadi, tindakan segera sangat penting untuk periksa dan baiki bearing gate atau tukar dengan yang baru.

Selain gate bearing, masalah lain seperti gate roller atau gate hinges juga boleh buat pintu pagar tak berfungsi dengan lancar. Bila ada masalah pada komponen ini, pintu pagar mungkin tersangkut, bunyi berdecit, atau susah nak buka tutup. Untuk itu, anda perlukan juruteknik autogate yang berpengalaman, boleh diagnose punca sebenar masalah dan baiki semua komponen sekali gus supaya pintu pagar kembali stabil dan selamat digunakan.

Di Kedai Autogate, kami sudah hampir 30 tahun dalam industri autogate, dan pengalaman lama ini menjadikan kami lebih mahir dalam menyelesaikan semua masalah autogate termasuk pemasangan Tronica® autogate system. Dengan kepakaran kami, kerja pembaikan dan pemasangan dilakukan dengan pantas, cekap, dan berkualiti. Jadi, bila pintu pagar ada masalah, anda boleh terus percayakan kami untuk penyelesaian yang selamat, tahan lama dan tanpa kerumitan.

Swing Auto Gate Repair Damansara
Swing Auto Gate Repair Damansara

Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate Anda

Autogate memang kepakaran kami termasuk pasang autogate, baiki autogate, wiring autogate, tukar gate bearing, baiki roda autogate dan pasang trek pagar yang baru. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira masalah autogate yang anda hadapi. Hubungi kami untuk selesaikan masalah sama ada bahagian pintu pagar anda seperti bearing, roda pagar dan trek. Ataupun untuk masalah autogate seperti autogate arm, autogate motor, auto gate control panel, autogate transformer, autogate bateri dan banayk lagi. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp juga dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.