Pilihan Bijak Tukar Autogate Lama ke Tronica®-828 Yang Tahan Lama
Hai semua. Tahun lepas, kami dihubungi oleh seorang customer dari Puchong yang sedang mencari Ranger Underground Autogate spare parts, khususnya gearbox set untuk satu bahagian. Customer ni memang datang ke tempat yang betul sebab kami memang ada simpan spare parts Ranger underground autogate gearbox set termasuk parts baru dan juga secondhand. Katanya, dia dah hubungi beberapa syarikat autogate lain tapi semua jawab tiada alat ganti untuk sistem underground, dan terus cadangkan supaya pasang autogate baru. Tapi bagi dia, sebab ini kali pertama autogate tu rosak, dia nak cuba baiki dulu sebelum tukar sistem baru.
Kami pun terangkan kepada customer bahawa sistem underground swing autogate ni sebenarnya dah lama dan semakin jarang digunakan. Masalahnya, bila satu side dah mula rosak, biasanya lambat laun side sebelah lagi pun akan ikut rosak juga. Gearbox dan motor underground ni terdedah pada air, jadi memang mudah haus dari masa ke masa. Kami nasihatkan, kalau nak penyelesaian jangka panjang, lebih baik tukar ke sistem baru macam Tronica® Arm Autogate System yang jauh lebih tahan lama dan mudah diselenggara. Tapi masa tu, customer tetap pilih untuk baiki dulu dan kami pun bantu ganti dengan Ranger autogate gearbox secondhand.

Undergrpund Autogate Gearbox Rosak Lagi Dan Tidak Berbaloi Dibaiki
Beberapa bulan kemudian, customer tu hubungi kami semula. Kali ni, masalah datang dari sebelah kiri pula gearbox underground autogate rosak lagi. Tapi kali ni dia dah buat keputusan untuk tak baiki lagi dan terus nak tukar ke sistem autogate baru, iaitu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Katanya, dia dah tak nak pening kepala dengan sistem underground sebab setiap kali hujan atau tanah lembap, mesti ada masalah baru. Dia pun dah nampak sendiri sistem lama ni susah nak dapatkan alat ganti dan kosnya makin meningkat.
Sistem Tronica®-828 ni memang terkenal sebab kualitinya tinggi dan tahan lama. Dalam setiap unit Tronica® autogate arm, ada komponen yang dibuat sepenuhnya di Malaysia termasuk control system, transformer, remote control, bateri dan kotak autogate. Semua bahan yang digunakan adalah jenis premium dan tahan cuaca, jadi sesuai sangat untuk kegunaan jangka panjang. Ramai pengguna suka sebab sistem ni senyap, kuat, dan tak perlukan servis kerap.
Selepas kami siap pasang sistem Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System di rumah customer tu, semuanya berfungsi dengan lancar. customer pun lega sebab tak perlu lagi risau kalau autogate tak nak buka atau tersangkut. Sekarang dia boleh guna dengan tenang setiap hari tanpa gangguan. Dari pengalaman ni, boleh nampak yang kadang-kadang baiki sistem lama memang boleh, tapi kalau dah berulang kali rosak, pilihan paling bijak adalah tukar kepada sistem baru yang lebih moden dan tahan lama macam Tronica®.

Anda Masih Menggunakan Underground Autogate?
Kami tahu masih ada lagi yang menggunakan underground swing auto gate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock, Home Access, X Gate, Am Gate dan DC Max sebab itu kami masih menyimpan autogate spare parts yang bertujuan untuk bantu customer selesaikan masalah underground autogate dan pastikan ia berfungsi semula.
Cumanya, jika underground auto gate tersebut sudah terlalu lama dan kerap dibaiki, bolehlah pertimbangkan untuk pemasangan autogate baru. Dan jenama autogate yang sesuai dan stabil adalah Tronica®Arm Autogate System.
Kami adalah pakar dalam bidang autogate dan berkomitmen untuk memberikan penyelesaian yang lengkap untuk semua masalah berkaitan autogate. Customer kami tidak perlu bimbang lagi kerana dengan kami, semua masalah autogate mereka akan diselesaikan dalam satu masa. Kami tawarkan penyelesaian autogate yang cukup termasuk pasang autogate, baiki autogate control panel, autogate remote control repair, autogate arm repair, auto gate motor repair, gate bearing replacement, auto gate roller replacement, gate track replacement dan autogate welding services. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






