Baiki Autogate Setia Alam – Swing Autogate Tidak Boleh Tutup

LATEST NEWS 

Baiki Autogate Setia Alam – Swing Autogate Tidak Boleh Tutup

Hi. Customer pertama kami hari ini di Setia Alam Shah Alam untuk servis baiki autogate swing tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya customer sudah hubungi kami lewat petang semalam dimana autogate tak boleh tutup dan customer sangat risau biarkan autogate terbuka pada waktu malam nanti. Jadi kami ajar untuk cabut arm autogate tersebut dan tutup pagar manual. Dari apa yang customer beritahu, dia memang tidak dapat cari siapa original auto gate installer rumahnya dulu dan ada cuba hubungi kontraktor autogate yang pernah baiki autogate rumahnya sebelum ini tapi tak dapat. Jirannya yang berikan nombor telefon kami.

Pagi lagi kami dah datang untuk lakukan pemeriksaan dan selesaikan masalah autogate customer. Kami dapati swing autogate control panel dan autogate remote receiver telah rosak. Dengan persetujuan customer kami gantikan dengan high quality auto gate control board dan 433mhz autogate remote set yang didatangi dengan 1 receiver dan 3pcs remote control baru. Kurang daripada satu jam selesai masalah autogate dan customer boleh pergi kerja dengan tenangnya.

Repair Autogate Cannot Close Setia Alam
Repair Autogate Cannot Close Setia Alam

Autogate Tak Bermasalah? Kami Datang Terus Dengan Spare Parts Lengkap!

Bila autogate mula buat hal dan tak boleh buka atau tutup, memang boleh ganggu aktiviti harian – nak keluar rumah pun susah, apatah lagi kalau tengah rushing ke tempat kerja atau nak hantar anak ke sekolah. Jangan tunggu sampai masalah jadi makin teruk. Lagi cepat anda dapatkan bantuan, lagi cepat masalah boleh diselesaikan. Hubungi kami segera untuk kami datang buat pemeriksaan dan cari punca kenapa autogate tak berfungsi seperti biasa.

Salah satu kelebihan bila anda pilih kami adalah kami datang lengkap dengan pelbagai auto gate spare parts dari motor, arm, gearbox, control panel, remote control, sampai ke bateri. Jadi kalau kami dapati mana-mana komponen rosak, kami boleh terus tukar on the spot tanpa perlu tunggu order atau datang balik hari lain. Ini bukan sahaja jimat masa, tapi juga bantu anda selesaikan masalah dengan cepat dan berkesan.

Kami memang berpengalaman dalam membaiki pelbagai jenis autogate arm system tak kira jenis swing arm atau folding arm, dan juga jenama dari pelbagai negara termasuk dari Itali dan UK. Jadi tak kira jenis atau jenama autogate yang anda guna, kami yakin boleh bantu baiki dan pulihkan semula sistem autogate anda supaya berfungsi seperti sediakala. Bila anda serahkan pada team yang berpengalaman, kerja jadi lebih mudah dan hasil pun lebih memuaskan.

Baiki Autogate Tak Boleh Tutup Setia Alam
Baiki Autogate Tak Boleh Tutup Setia Alam

Kami Akan Pastikan Autogate Kembali Berfungsi

Kebanyakan customer yang hubungi kami, mereka semua urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari untuk autogate problem tersebut diselesaikan. Team Kedai Autogate akan datang secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah autogate rosak anda dengan cara baiki autogate yang cepat dan berkesan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang Tronica® Autogate System yang merupakan salah satu jenama autogate terbaik Malaysia dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Pasukan kami dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman untuk mengendalikan pelbagai sistem autogate, menjamin bahawa keperluan anda akan dipenuhi dengan kepakaran dan kecekapan. Sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.