Autogate Cheras – Replace 1 Unit Stainless Steel Arm Autogate For Right Side

LATEST NEWS 

Replace 1 Unit Stainless Steel Arm Autogate For Right Side

Hai Semua. Tapi apa yang terjadi kepada customer dari Cheras ini dimana arm autogate stuck sebelah kanan tak berfungsi. Pertama original installer dulu memang tak dapat dihubungi. Kedua hubungi autogate repairer Cheras, tapi mereka tidak buat servis ganti autogate arm sebelah sahaja, mereka hanya boleh ganti kedua-dua arm autogate ataupun full set autogate, kerana mereka tak ada ready stock, kalau beli dekat supplier memang kena ambil full set. Ketiga, barulah customer hubungi kami, yang disyorkan oleh rakannya. Kami boleh gantikan sebelah arm autogate sahaja, melihat gambar autogate yang dihantar. Kami ada stainless steel arm autogate yang sama, yang baru dan original, kami panggil arm autogate itu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate.

Kami datang hanya menggantikan arm autogate sebelah kanan yang rosak sahaja, autogate parts yang okay semua kami guna semula. Customer happy dapatkan jimatkan duit sebab boleh gantikan satu batang arm autogate sahaja dan sekiranya sebelah lagi rosak customer akan hubungi kami semula.

Stainless Steel Arm Auotogate Cheras
Stainless Steel Arm Auotogate Cheras

We Provides Service Replace Autogate Arm Only

Sudah jadi perkara biasa bila arm autogate rosak lepas beberapa tahun guna, terutamanya kalau jenama autogate tu dah lama atau dah tak banyak spare parts dijual kat pasaran. Tapi jangan risau, anda tak semestinya kena tukar satu set autogate baru. Di Kedai Autogate, kami memang sediakan servis baik pulih dan juga penggantian arm autogate untuk pelbagai jenis jenama sama ada autogate tu model lama atau baru, swing arm atau folding arm, kami akan cuba cari penyelesaian paling sesuai untuk anda.

Kadang-kadang, customer datang sebab salah satu arm autogate je rosak, satu lagi masih elok. Dalam kes macam ni, kami boleh bantu tukar sebelah je, tak perlu tukar dua-dua. Ini memang jimat dan lebih praktikal kalau bajet agak ketat. Kami akan pastikan arm autogate pengganti tu sesuai dari segi fungsi dan bentuk dengan sistem autogate sedia ada. Bila technician kami datang, mereka akan periksa dulu jenis arm yang digunakan, wiring, dan kekuatan gate, kemudian beri cadangan terbaik ikut situasi anda.

Kami faham bukan semua orang nak terus tukar autogate baru kalau masih boleh dibaiki atau ganti satu bahagian je. Sebab tu kami di Kedai Autogate sentiasa cuba bagi pilihan yang fleksibel, ikut keperluan dan bajet pelanggan. Kami juga hanya guna komponen autogate berkualiti tinggi supaya tahan lama dan tak mudah rosak balik. Kalau anda tengah cari servis repair atau tukar arm autogate, boleh terus hubungi kami dan kami akan bantu!

Swing Autogate Arm Repair Cheras
Swing Autogate Arm Repair Cheras

No Matter Your Autogate Problem, We Can Fix It

Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti dnor 212 autogate, dnor 712 autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate, millie’s autogate ataupun oae autogate.

Betul, hubungi sahaja Kedai Autogate, kami dapat menyelesaikan semua masalah autogate anda. Kami akan terangkan dengan detail apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kami ada semua auto gate spare parts. Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk baiki arm autogate, baiki remote autogate, baiki motherboard autogate, pemasangan autogate, penggantian roda autogate dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.