Baiki Autogate Puchong – Masalah Remote Autogate Lambat Respon

LATEST NEWS 

Masalah Remote Autogate Lambat Respon

Hai Semua. Pagi ini kami ke rumah customer di Puchong yang ada masalah autogate tak boleh buka guna remote control. Customer cakap masalah ini dah lama berlaku awalnya kalau nak buka autogate, remote tu kena dekat sangat dengan kotak autogate baru boleh berfungsi. Dia dah cuba tukar bateri remote pun masih sama. Mujur rumah ada suis autogate dalam rumah, jadi customer biasa biar je masalah tu. Tapi semalam masa hujan, tiada orang dalam rumah, dan remote langsung tak berfungsi. Customer terpaksa turun dari kereta, lari masuk rumah dan tekan suis untuk buka autogate. Memang agak leceh dan menyusahkan bila remote tak berfungsi, lebih-lebih lagi waktu cuaca tak menentu.

Lepas kejadian tu, customer terus cari “autogate repair near me” dan jumpa kami di Kedai Autogate. Bila kami sampai, kami periksa sistem dan dapati autogate remote receiver lama yang guna frequency 330MHz tu dah rosak. Disebabkan barang lama, memang agak biasa untuk receiver atau remote jenis ni mula lemah dan tak dapat sambung dengan baik. Jadi kami sarankan customer tukar ke sistem remote autogate yang lebih baru dan moden. Kami terus pasangkan 433MHz remote receiver bersama 3 unit 433MHz remote control yang lebih responsif dan tahan lama.

Autogate remote control baru ni boleh buka gate dari jarak yang lebih jauh berbanding sistem lama. Kalau dulu kena dekat-dekat baru boleh tekan, sekarang ni dari dalam kereta pun dah boleh buka tanpa masalah. Customer sangat puas hati bila kami siap pasang dan test sistem baru terus berfungsi dengan baik. Tak perlu lagi turun kereta masa hujan atau malam-malam nak buka gate. Kalau anda pun hadapi masalah remote autogate tak boleh pakai, mungkin dah sampai masa untuk tukar ke sistem yang lebih moden macam ni. Kami sedia bantu anda bila-bila masa!

Swing Remote Autogate Puchong
Swing Remote Autogate Puchong

Kami Berikan 433mhz Autogate Remote Receiver & Remote Control

Masalah autogate remote control ni memang biasa berlaku pada pengguna autogate. Kadang-kadang kita ingat autogate rosak, tapi sebenarnya cuma remote control yang bermasalah. Antara punca utama biasanya sebab bateri remote autogate dah lemah atau habis terus. Jadi, kalau autogate tak boleh buka guna remote, langkah pertama yang anda boleh cuba adalah tukar bateri remote control dulu. Tapi kalau dah tukar bateri pun masih tak boleh guna, besar kemungkinan autogate remote receiver pula yang rosak. Bila receiver dah rosak, remote tak dapat ‘komunikasi’ dengan sistem autogate. Jadi masa ni, paling baik anda terus hubungi Kedai Autogate untuk kami datang periksa dan baiki masalah tu dengan cepat.

Tak kisah jenis autogate apa yang anda guna OAE, Dnor, FBM, Tronica, atau mana-mana brand pun kami ada stok autogate remote receiver dan autogate remote control yang sesuai. Kami akan gantikan dengan sistem 433MHz remote set, iaitu versi terbaru yang lebih stabil dan tahan lama. Remote ni boleh buka autogate dari jarak lebih jauh, jadi anda tak perlu risau nak tekan banyak kali atau tunggu dekat-dekat dengan autogate baru boleh buka.

Remote Autogate Repair Puchong
Remote Autogate Repair Puchong

Penyelesaian Autogate Cepat Di Lembah Klang

Ingin selesaikan masalah autogate dengan cepat? Jangan risau kami dapat membantu. Juruteknik kami cekap dalam dimana tidak mengambil masa yang agak lama untuk baiki autogate sebab spare parts autogate semuanya termasuk untuk replace new autogate system, on the spot boleh pasang. Sekiranya ada menggunakan swing arm autogate dan perlukan repair service for dnor autogate atau menggunakan auto gate famous brand yang lain, kami juga boleh memberikan auto gate services yang terbaik. Sekiranya anda masalah autogate lagi, perlukan pemasangan autogate baru customer akan hubungi kami untuk dapatkan Tronica® Autogate System yang merupakan heavy duty autogate system dan semua autogate components berkualiti tinggi.

Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 an youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.