Autogate Repair Puchong – OAE Arm Autogate Patah Dan Rosak
Hai semua. Hari ini kami baiki oae autogate yang rosak akibat kena langgar di Wawasan Puchong. Pintu pagar belum habis buka, customer sudah undurkan kereta dan langgar pintu pagar. Apabila kami datang lakukan pemeriksaan, bukan sahaja arm autogate bahagian depan itu patah tetapi oae arm autogate juga tidak berfungsi dengan baik, hanya bergerak separuh jalan dan jam, berhenti sendiri. Oleh kerana tidak dapat mencari original autogate installer, customer hubungi kami, jirannya yang syorkan. Customer hanya ingin menggantikan 2 unit oae arm autogate tersebut kerana beberapa bulan lepas baru sahaja menggantikan swing autogate control board dilakukan oleh satu kontraktor autogate Puchong lain, cuma mereka tiada spare parts tersedia untuk swing autogate arm.
Kami tunjuk pada customer dan beritahu arm autogate sama ada ingin menggunakan oae swing autogate sama ataau dapat jenama autogate baru Tronica® yang merupakan latest autogate design, rekaan yang cantik dan tahan lasak. Dengan bersetujuan customer, kami gantikan 2 unit Tronica 828 Stainless steel arm autogate untuknya.
Kami mempunyai pelbagai jenis komponen dan spare parts autogate yang tersedia seperti swing arm autogate, folding arm autogate, autogate bracket, arm autogate dc motor, autogate control panel, autogate remote control set, bateri autogate, transformer autogate, autogate gear dan banyak lagi untuk semua model autogate dan jenama autogate jadi boleh terus lakukannya.

Tukar Arm Autogate Rosak? Guna Model Sama atau Upgrade ke Jenama Lebih Baik!
Kalau arm autogate rumah dah mula buat hal, tak gerak elok macam dulu atau dah langsung tak berfungsi, memang patut dipertimbangkan untuk tukar. Tak semestinya kena ganti satu sistem penuh – kalau board, transformer dan remote autogate asal masih okay dan boleh berfungsi, kita cuma perlu tukar arm autogate je. Nak guna model arm yang sama pun boleh, tapi kalau rasa model lama tu tak berapa tahan atau kurang power, tak salah kalau nak naik taraf ke jenama lain yang lebih berkualiti. Fungsi asas semua arm autogate sama je – buka dan tutup pintu automatik – tapi reka bentuk dan ketahanan setiap jenama tu berbeza-beza.
Untuk menggantikan arm autogate sekiranya anda menggunakan famous autogate brand seperti kron, fbm, dnor, oae, rds, e8 arm autogate atau beberapa model lain, kami ada spare parts untuk gantikan dengan jenama autogate sama. Tapi kalau dah rasa tak puas hati dengan jenama lama, boleh je tukar terus ke arm autogate yang lebih padu macam Tronica® – antara jenama yang makin ramai orang guna sekarang sebab ketahanan dan prestasi dia lebih baik. Pendek kata, kalau arm rosak, tak semestinya susah, yang penting tahu pilihan yang ada dan ambil kesempatan untuk upgrade kalau perlu.

Servis Baiki Arm Autogate Di Lembah Klang
Hampir setiap hari juga kami baiki arm autogate di Lembah Klang, kami ada beritahu juga sebelum ini. Masalah dengan arm autogate boleh dikatakan agak berat kerana ia ada komponen autogate harganya lebih tinggi berbanding dengan autogate parts yang lain. Arm autogate yang bagus boleh tahan bertahun-tahun lamanya. Sepanjang hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami sangat yakini dengan Tronica® Autogate.
Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan boleh pergi ke youtube untuk tengok kerja kami https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





